Saturday 16 May 2009

Saliran Di Malaysia


1. Malaysia mempunyai sungai kerana:
a. mempunyai banyak kawasan tadahan
b. menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2. Umumnya, kebanyakan sungai di Malaysia adalah:
(a) pendek; (b) beraliran deras di peringkat hulu;(c) berliku-liku dan mengalir perlahan di peringkat hilir.
3. Kebanyakan sungai di
Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir ke:
(a) Selat Melaka dan (b) Laut China Selatan.
4. Di
Sabah dan Sarawak, sungai-sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir ke(a) Laut China Selatan, dan (b) Laut Sulu.
5. Sungai Rajang (563m) sungai yang terpanjang di Malaysia.


Sungai Rajang pemandangan dari udara




TASIK DI MALAYSIA
1. Tasik semula jadi yang indah,
(a) Tasik Bera; dan (b)
Tasik Chini.


Tasik Bera, Pahang

2. Tasik Bera - Tasik air tawar terbesar di Malaysia.
3. Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan kawasan pelancongan dan perikanan.
4. Tasik buatan manusia utama di Malaysia
(a) Tasik Kenyir, Terengganu;


Tasik Kenyir, Terengganu

(b) Tasik Chenderoh, Perak;

(c) Tasik Temenggor, Perak;

(d) Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5. Tasik-Tasik buatan manusia penting sebagai:
(a) kawasan perikanan air tawar;
(b) kawasan pelancongan atau rekreasi;

(c) sumber air
(d) pusat penjanaan kuasa hidroelektrik.

No comments:

Post a Comment