Saturday 16 May 2009

Bentuk Muka Bumi Malaysia

Tanah Tinggi

Peranginan dan pelancongan

Kawasan tanah tinggi yang berudara segar ,pemandangan yang indah

  • Contoh: Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser, Gunung Kinabalu, Bukit Larut
  • Gua batu kapur dengan ciri fizikal seperti stalagmit dan stalatit
  • Contoh: Gua Niah, Gua Mulu, Gua Gomantong, Batu Cave

Kawasan tadahan dan legeh sungai

Kebanyakan tanah tinggi menjadi punca sungai Contohnya: Banjaran Titiwangsa punca bagi Sungai Pahang, Banjaran Iran bagi Sungai Rajang

Menjana kuasa hidroelektrik

Sungai yang beraliran deras di kawasan tanah tinggi berpotensi dijadikan tapak janakuasa hidroelektrik ,Contohnya: Empangan Tenom Pangi, Sungai Padas , Empangan Temenggor, Sungai Perak dan Empangan Batang Ai, Sarawak

Kawasan pembalakan

Kayu bernilai tinggi seperti cengal, meranti , keruing dan merbau yang akan menjadi pendapatan negara-Kayu dibalak akan dieksport dan digunakan untuk industri perabot dan pembinaan-Menjana pendapatan negara


Pertanian hawa sederhana

Kawasan sederhana sejuk dengan purata suhu 18°C- Penanaman teh, buah-buahan , sayur-sayuran dan bunga- Contoh: Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang


Tanah Pamah

Kawasan pertanian

Dataran dan delta sungai yang subur dengan tanih aluvium sesuai untuk kegiatan penanaman padi seperti di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan

Kawasan rata, beralun dan bersaliran baik sesuai ditanam dengan getah dan kelapa sawit seperti Dataran Johor

Petempatan dan perkembangan bandar

Mudah menyediakan kemudahan-Kuala Lumpur, Kuantan dan Kota Kinabalu


Kemudahan pengangkutan

jalan raya dan landasan kereta api lebih mudah dibina kerana melibatkan kos yang rendah

Kawasan perindustrian

Lembah Klang, Perai, Bintulu


Perlombongan -Tanih aluvium di beberapa kawasan di dataran pantai barat Semenanjung Malaysia kaya dengan bijih timah-contoh; Lembah Kinta Perak

Pinggir Laut

Pusat pelancongan-Pinggir pantai yang menarik menjadi tumpuan rekreasi dan pelancongan-Contoh: Port Dickson, Teluk Cempedak , Batu Feringgi, Pantai Damai-Kawasan luar pantai pulau-pulau yang mempunyai pertumbuhan terumbu karang menarik ramai pelancong seperti di Pulau Radang, Pulau Kapas, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor


Tapak pelabuhan-Kawasan di pinggir laut yang terlindung daripada tiupan angin kencang dan laut dalam sesuai dibina pelabuhan-Contohnya: Pelabuhan Kalang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan Bintulu


Pembekal kayu bakau-kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang

Saliran
Menjadi sempadan negara dan negeri-Sempadan antarabangsa; Sg. Golok antara Malaysia dan Thailand-Sempadan negeri: Sungai Muda antara Kedah dan pulau Pinang: Sungai. Bernam antara Selangor dan Perak
Aktiviti pertanian-beberapa sungai membentuk dataran aluvium yang subur untuk penanaman padi seperti Sg. Kelantan membentuk dataran Kelantan, Sg. Kedah membentuk Dataran Kedah dan Sg. Rajang membentuk Delta Rajang
Menjana kuasa hidroelektrik-seperti Empangan Chenderoh, Empangan Temenggor, Empangan Kenyir dan Empangan Pergau
Sistem pengangkutan-menghubungkan kawasan di muara sungai dengan kawasan pedalaman-contoh: Sungai Rajang yang dimudiki hingga ke Kapit-menghanyutkan kayu balak seperti Sungai Segama dan Sungai. Kinabatangan di Sabah untuk dibawa ke kilang dan pelabuhan
Bekalan air domestik
-Empangan Klang Gates membekalkan air ke Lembah Klang
Sumber protein utama penduduk
-Sumber ikan air tawar
Rekreasi dan pelancongan-contohnya Air terjun Kota Tinggi dan Air Terjun Sekayu

1 comment: